Kegagalan Malaysia mencapai misi layak ke final Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 di Singapura adalah sesuatu yang sudah boleh dijangka.

Bekas pengendali skuad kebangsaan B. Sathianathan berkata, kegagalan banyak dipengaruhi oleh kualiti dan kredibiliti skuad dibentuk Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe.

Skuad Harimau Malaya dalam kempen itu bukan pasukan terkuat dan terbaik selepas ketiadaan beberapa pemain utama yang dilihat menjadi penyumbang terbesar kepada kegagalan di Singapura.

Antara pemain lama yang tidak disenaraikan Cheng Hoe dalam skuad kali ini adalah Matthew Davies, Corbin Ong, Muhamad Nor Azam Abdul Azih dan Mohamadou Sumareh selain ketiadaan pemain tengah bertahan yang tulen.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini