Malaysia tetap tegas dengan pendiriannya terhadap AUKUS walaupun negara ini merupakan antara anggota Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA).

Jelas Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Malaysia kekal konsisten dengan pendirian berhubung pakatan strategik keselamatan baharu Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AUKUS) yang berpotensi menganggu gugat keamanan dan kestabilan di Asia Tenggara.

Datuk Seri Hishammuddin menjawab pertanyaan wakil Bukit Bendera, Wong Hon Wai.

Tambah beliau, pada majlis sambutan 50 Tahun FPDA dan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan FPDA Ke-11 lalu, Australia dan UK telah menjelaskan peranan dan perancangan AUKUS.

FPDA dianggotai Malaysia, Singapura, Australia, New Zealand dan UK.
 
Ia ditandatangani lima negara terbabit pada 1971 bagi memastikan Singapura dan Malaysia mempunyai saluran bantuan sekiranya berlaku serangan bersenjata.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini