Majlis Olimpik Malaysia (MOM) meletakkan sasaran realistik tujuh pingat emas pada temasya Sukan Komanwel 2022 di Birmingham yang dijadual bermula 28 Julai hingga 8 Ogos ini.

Gimrama, Boling Padang, Angkat Berat, Skuasy dan Powerlifting akan menjadi sandaran utama bagi merealisasikan sasaran tersebut.

Menurut Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria biarpun penyertaan kali ini sedikit berkurangan berbanding purata 170 atlet edisi 2018 namun beliau tetap yakin dengan kemampuan dimiliki kontinjen Malaysia.

Dalam pada itu, MOM turut sebulat suara memilih atlet angkat berat, Bonnie Bunyau Anak Gustin dan atlet skuasy, Sivasangari Subramaniam sebagai Pembawa Jalur Gemilang pada temasya Birmingham nanti.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini