Meningkatkan eksport minyak sawit ke Kemboja dan import beras ke Malaysia, dilihat sebagai langkah yang boleh meningkatkan perdagangan dua hala Kuala Lumpur-Phnom Penh.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menyarankan, pemain industri memperluas kerjasama dalam bidang ICT, teknologi kewangan, keselamatan siber, PKS serta perniagaan pemula niaga.

Perdana Menteri akui, perdagangan antara Malaysia dengan Kemboja masih rendah dan perlu ditingkatkan, selaras potensi kedua-dua negara.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen di Peace Palace Phnom Penh.
 
Sementara itu, Hun Sen mencadangkan Malaysia mengimport lebih banyak beras dari negara terbabit selain turut mempelawa pelabur Malaysia untuk menanam modal dalam pengilangan beras.
 
Terdahulu, kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan empat mata yang berlangsung lebih sejam.
 
Menurut Perdana Menteri, kerajaan juga sedang mempertimbang berkaitan pembukaan sempadan antarabangsa Malaysia.
 
Keputusan mengenainya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini