Malaysia merekodkan dua kes subvarian Omicron BA.5 dan satu subvarian BA.2.12.1.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi Twitternya memaklumkan, ia pertama kali kes membabitkan kedua-dua subvarian tersebut dikesan di negara ini.
Jelas beliau, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meletakkan kedua-dua subvarian itu dalam senarai pemerhatian.
Bagaimanapun, risiko penularannya sama seperti varian OMICRON sedia ada.