Malaysia kini berada di ambang kejayaan dalam menangani COVID-19 meskipun belum diisytiharkan menang.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin optimis memandangkan pelbagai faktor termasuk liputan vaksinasi dan penurunan jumlah penggunaan katil kepada 40 peratus di seluruh negara ketika ini.

Tumpuan kini kepada negeri-negeri yang masih berada dalam fasa tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) iaitu Sarawak dan Kelantan untuk segera beralih ke fasa berikutnya.

Beliau merasmikan Klinik Kesihatan (Jenis 3), Penambang di Kota Bharu.

Hadir sama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Exco Kerajaan Negeri, Dr Izani Husin dan Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin.

Dalam pada itu, sebanyak 31 projek pembangunan fasiliti kesihatan diluluskan di Kelantan.

Jelas Khairy, ia membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM623 juta menerusi Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Ia terdiri daripada 24 projek sambungan dari RMKe-11 dengan kos sebanyak RM582 juta selain tujuh projek baharu dengan kos lebih RM40 juta.

Projek baharu diluluskan termasuk Projek Naik Taraf Asas Bekalan Air Alternatif di sembilan Klinik Kesihatan luar bandar dan pembinaan Klinik Kesihatan Gantian Jenis 3 di Bachok dengan kos keseluruhan RM35 juta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini