Malaysia komited menangani kes berkaitan kanak-kanak, golongan rentan, mangsa keganasan seksual dan keganasan rumahtangga. 

Untuk rekod, sebanyak 1,721 kes keganasan seksual terhadap kanak-kanak diterima dan terdapat 2,162 kes aktif sedang dalam perbicaraan.

Angka-angka berkenaan adalah rekod antara Jun 2020 dan Ogos 2021.

Justeru, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dasar perlindungan kanak-kanak amat perlu pada masa ini bagi menggalakkan setiap agensi, organisasi dan masyarakat memberi keutamaan kepada perlindungan kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama. 

Menurut Perdana Menteri, dasar itu selaras dengan falsafah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) 1995 dan Akta Kanak-Kanak 2001.

Datuk Seri Ismail Sabri menjelaskannya dalam ucapan sempena Hari Kanak-kanak Sedunia 2021 di Parlimen.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini