Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan Houthi dari Yaman yang menyasarkan kawasan serta kemudahan awam di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), sehingga mengakibatkan kematian dan kecederaan.

Kenyataan Wisma Putra menegaskan serangan berkenaan, bentuk ancaman dan pihak yang melancarkan serangan harus bertanggungjawab.

Malaysia menzahirkan simpati dan takziah kepada mereka yang terjejas akibat serangan itu.

Malaysia menolak segala bentuk keganasan yang menjejaskan keamanan dan keselamatan serantau kerana permusuhan dan keganasan akan memudaratkan kestabilan dan keamanan di rantau ini.

Kenyataan ini juga jelas menyatakan Malaysia akan terus menyokong usaha penyelesaian secara aman dan damai terhadap konflik di Yaman.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini