Malaysia mahu meningkatkan kerjasama dengan penggiat industri perfileman luar negara khususnya di negara-negara ASEAN, bagi mengangkat industri perfileman negara ke tahap lebih tinggi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa yang kini dalam rangka lawatan kerja ke Bangkok berkata, beliau mahu meninjau peluang kerjasama antara penerbit dan pengedar filem di rantau itu.

Beliau juga mahu melihat lebih banyak kerjasama terjalin, antara penggiat industri itu di Malaysia dan negara- negara ASEAN, selain di China, India dan Korea. Tegasnya, penggiat industri perfileman perlu bertindak proaktif bagi membawa industri ke tahap lebih tinggi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini