Empat Memorandum Persefahaman dan perjanjian dimeterai sektor swasta Malaysia-Indonesia.

Pemeteraian disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Jakarta.

Memorandum perjanjian (MoA) pertama akan mewujudkan pengaturan kerja antara Country Heights International Sdn Bhd dan konsortiumnya bersama PT. Panca Karya Malindo.

Ia bagi meneroka peluang yang berpotensi dalam pembangunan hartanah dan projek perniagaan berpotensi lain di Indonesia.

Seterusnya, Penjana Capital Sdn Bhd memilih AC Ventures sebagai Pengurus Dana Modal Teroka untuk program Dana Penjana Nasional.

Program bertujuan merapatkan jurang pembiayaan dengan memberi insentif kepada modal swasta.

Ia akan memudahkan pertumbuhan syarikat pemula dan mewujudkan persekitaran yang membolehkan syarikat tersebut mengembangkan jangkauan di peringkat antarabangsa.
 
Menerusi perjanjian antara PT Industri Kerata Api (PT INKA) dan Destini Berhad, kedua-dua pihak setuju meneroka peluang dalam sektor perniagaan sistem kereta api serta projek infrastrukturnya di Malaysia, Indonesia dan serantau.

Kerjasama diwujudkan melalui perjanjian atau penubuhan syarikat usaha sama dan konsortium.

PT INKA diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Budi Noviantoro, manakala Destini Berhad oleh Pengerusi Eksekutif, Datuk Rozabil Abdul Rahman.

Memorandum persefahaman turut ditandatangani BERNAMA dengan Perusahaan Umum Lembaga Umum Kantor Berita Nasional (ANTARA).

Objektif kerjasama adalah untuk mewujudkan asas bagi aktiviti pertukaran berita dalam mana-mana platform seperti kandungan program televisyen umum, kandungan berita digital, mengikut perundangan Negara masing-masing.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini