Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, negara perlu menyasarkan untuk mengekalkan nilai-nilai yang telah membawa kemakmuran pascamerdeka kepada semua masyarakatnya walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.

Baginda bertitah, kerajaan harus berusaha memperjuang dan mengekalkan ia sebagai contoh negara pelbagai budaya.

Bertitah pada pelancaran buku ‘THE MALAYS: PATHFINDERS AND TRAILBLAZERS’ di ibu negara, Sultan Nazrin
juga yakin negara perlu memikirkan semula mengenai globalisasi berikutan tiga krisis teruk mendepani dunia ketika ini iaitu kesan daripada pandemik COVID-19, perang di Ukraine dan krisis makanan yang semakin meningkat.

Mengenai buku yang ditulis bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib, Sultan Nazrin bertitah, tujuan buku dihasilkan adalah untuk memupuk orang Melayu mengenai rasa bangga dengan sejarah mereka sekaligus mengimbangi semula pemahaman mengenainya.

Ia diterbitkan dalam dua versi cetakan, iaitu edisi popular pada harga RM150  dan edisi buku mewah berharga RM250.

Bersempena pelancaran ini, buku ini turut ditawarkan dalam bentuk naskah edisi khas bertandatangan Datuk Seri DiRaja Tan Sri (Dr) Ramli Ngah Talib sebanyak 100 unit dengan nombor siri khas di jual harga RM400.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini