Malaysia dijangka mencatat jumlah pelaburan diluluskan lebih kukuh pada 2021 mengatasi pencapaian tiga tahun sebelumnya.

Menurut Lembaga Pelaburan Malaysia, MIDA negara kekal berdaya tahan apabila merekodkan RM177.8 bilion nilai pelaburan diluluskan bagi sembilan bulan tahun lalu.

Daripada jumlah itu, hampir 60 peratus disumbang pelaburan langsung asing, FDI berjumlah RM106.1 bilion.

Baki RM71.7 bilion pula merupakan pelaburan langsung domestik, DDI.

Tahun ini, 477 projek dengan cadangan pelaburan bernilai RM33.3 bilion akan dilaksana meliputi sektor pembuatan dan perkhidmatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini