Indonesia dicadangkan sebagai negara kedua Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) dengan Malaysia selepas Singapura. Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah memaklumkan, jika cadangan ini dilaksanakan, ia akan melibatkan dua lokasi iaitu Jakarta dan Bali.

Jelas beliau, tiada tarikh khusus perlaksanaanya namun berharap ia dapat dimulakan pada awal tahun depan seperti yang dibincangkan kedua pemimpin sebelum ini. Beliau turut tidak menolak kemungkinan VTL ke destinasi lain turut ditambah jika laluan KL-Jakarta dan KL-Bali berjaya seperti yang dirancang.

Meskipun begitu, beliau turut berpendapat pembukaan sempadan negara harus dilakukan secara berhati-hati terutama setelah penemuan varian baharu COVID-19. VTL antara Malaysia-Singapura, akan bermula esok dengan perdana menteri kedua-dua negara dijadualkan berada di Singapura sebagai simbolik pelaksanaannya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini