Malaysia sedang bekerjasama dengan beberapa rakan Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) untuk membuka Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL). Antara negara terlibat itu seperti Singapura dan Indonesia.

Justeru, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerjasama itu diharap dapat membantu meningkatkan semula ekonomi, menjana semula pekerjaan dan mengembalikan hubungan.

Beliau turut menyeru rakan-rakan ASEM untuk memudahkan akses pergerakan antara rakyat dan menggalakkan hubungan ekonomi yang lebih kukuh.

Tambahnya, Malaysia juga beraspirasi untuk menjadi hab kepada pengeluaran vaksin Covid-19.  Ia terbukti menerusi Inisiatif seperti Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Kebangsaan (PPVN) dan Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI). Beliau berkata demikian pada Sesi Plenari Pertama Sidang Kemuncak ASEM ke-13 secara maya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini