Malaysia bersedia membantu komuniti Melayu Islam Champa di Kemboja, terutamanya dalam bidang pendidikan dan peluang pekerjaan. Perdana Menteri memaklumkan, perkara itu akan dibincang lanjut dengan kerajaan negara berkenaan.

Antara bidang yang dikenal pasti termasuk Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (T-VET) yang dapat mewujudkan tenaga berkemahiran tinggi dalam kalangan masyarakat Melayu Champa di negara Asean itu, yang dianggar seramai 800,000 orang.

Selain itu, peluang pekerjaan untuk orang Melayu Champa juga boleh diteliti memandangkan Malaysia juga mempunyai dua juta tenaga pekerja asing berdaftar. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini