Malaysia bakal menjadi Hab rawatan Hepatitis C dengan menawarkan gabungan dua jenis ubat iaitu iaitu sofosbuvir dan ravidasvir pada harga berpatutan pada tahun depan.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, selain mewujudkan akses kepada rawatan bagi pesakit tempatan dan antarabangsa yang memerlukan, ia juga menggerakkan lagi industri pelancongan perubatan negara.

Malaysia turut disasarkan untuk bebas daripada Hepatitis C menjelang 2030.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Malaysia sebagai  Destinasi Rawatan untuk Hepatitis C, sempena InsigHT2021 di Kuala Lumpur.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini