Malaysia akan menyelaras Pelan Strategik Kebangsaan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dan Kertas Putih Mengenai Penjagaan Kesihatan Masa Depan dengan Hala Tuju Pelaksanaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ia penting dan selari dengan program negara dalam mencapai matlamat berkaitan NCD.

Dalam ucapan intervensi pada Mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO Sesi ke-150 di Geneva, Switzerland, Khairy Jamaluddin berkata, pencegahan dan pengawal NCD memerlukan kerjasama pelbagai pihak melibatkan kerajaan, masyarakat sivil, sektor swasta dan masyarakat tempatan.

Beliau berkata, Malaysia ingin menyokong laporan mengenai deklarasi politik berkaitan pencegahan dan kawalan NCD.

Dalam ucapan sama, Khairy memaklumkan, Malaysia turut bersetuju dengan fokus WHO terhadap penglibatan semua sektor masyarakat untuk menyokong agenda seluruh negara bagi mencegah dan mengawal NCD.

Khairy turut meminta agar kesihatan mental menjadi agenda utama pada masa depan kerana perkara itu patut diberi perhatian oleh WHO, terutama selepas pandemik.

Malaysia juga berharap meluluskan satu undang-undang pada tahun ini yang akan membawa kepada generasi tidak merokok seperti beberapa Pejabat Serantau bagi Pasifik Barat (WPRO) di negara lain.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini