Malaysia akan mengambil bahagian dalam mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (EB WHO) sesi ke-150 di Geneva, Switzerland pada 24 hingga 29 Januari ini.

Delegasi Malaysia diketuai Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dengan disertai Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, Khairy akan menyampaikan kenyataan negara dan membuat intervensi ke atas agenda perbincangan mesyuarat.

Malaysia juga akan mengetengahkan isu kesihatan signifikan yang bukan sahaja melibatkan negara, malah negara anggota rantau Pasifik Barat

Malaysia telah dilantik sebagai ahli EB WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021 hingga Mei 2024 dengan Ahli Lembaga Eksekutif WHO di peringkat kementerian diwakili Khairy dan Dr Noor Hisham.

Mesyuarat akan membincangkan komitmen, dasar, status pelaksanaan program dan hala tuju sektor kesihatan yang telah dipersetujui secara konsensus di bawah WHO.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini