Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengadakan perbincangan dengan wakil Singapura esok, mengenai laluan pelancongan vaksinasi antara dua negara.

Perbincangan dibuat bagi melancarkan perancangan Malaysia untuk membuka pintu sempadan kepada pelancong negara seberang tambak itu. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, perbincangan dijangka diadakan bersama Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Gan Kim Yong.

Hasil perbincangan akan dibawa ke mesyuarat Majlis Keselamatan Negara untuk dipertimbang. Sekiranya diluluskan, inisiatif akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Langkah itu dibuat sebagai langkah untuk membuka lokasi pelancongan negara kepada pelancong asing lebih awal seperti diminta pihak industri. Ketika ini, pemain industri sektor pelancongan tempatan sudah sedia menerima kedatangan pelancong asing.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini