Malaysia dan Singapura komited untuk memperkukuh kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara. Komitmen itu dizahirkan dalam pertemuan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dengan rakan sejawatannya, Ng Eng Hen pada mesyuarat dua hala di Singapura.

Selain Perjanjian Pertahanan Lima Negara, Laut China Selatan dan isu keselamatan dunia, antara yang menjadi fokus ialah latihan ketenteraan bersama antara angkatan tentera masing-masing.

Beberapa latihan serta eksesais akan kembali diadakan tahun ini termasuk SEMANGAT BERSATU (darat), MALAPURA (laut) dan SAREX MALSING (udara). Datuk Seri Hishamuddin berkata demikian dalam hantaran di Facebook rasminya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini