Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan, Malaysia akan terus menyokong usaha Kemboja sebagai Pengerusi ASEAN 2022, serta Utusan Khas Pengerusi ASEAN berkenaan Myanmar dalam menangani situasi di negara terbabit dengan berkesan.
 
Tegas Perdana Menteri, Konsensus Lima Perkara ASEAN (5PC) sangat penting, bagi menetapkan hala tuju dalam menangani situasi di Myanmar.
 
Datuk Seri Ismail Sabri juga membangkitkan mengenai pentingnya menjaga kredibiliti ASEAN.
 
Sehubungan itu, Malaysia akan meneruskan kerjasama dengan Kemboja untuk menjaga keamanan dan kestabilan, serta kemakmuran serantau.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini