Konsainan kedua 500,000 dos vaksin COVID-19 Sinopharm sumbangan kerajaan Malaysia tiba di Laos, Vientiane.

Ini sumbangan kedua Malaysia selepas kali pertama menghantar 283,400 dos vaksin AstraZeneca di Laos, Disember lalu.

Pemberian itu sebahagian daripada sumbangan Malaysia kepada usaha global untuk menamatkan pandemik dan menyokong matlamat Laos memberi vaksin sekurang-kurangnya 80 peratus daripada populasi dewasa menjelang akhir tahun ini.

Kumpulan vaksin terbaharu yang didermakan itu akan diberikan kepada semua peringkat umur dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan, di bawah Pelan Pengerahan dan Vaksinasi Kebangsaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini