Malaysia telah menarik RM42.8 bilion nilai pelaburan diluluskan melibatkan 910 projek pada suku pertama 2022, Januari hingga Mac.

Menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, MIDA, daripada jumlah itu, pelaburan langsung asing menyumbang 65 peratus atau RM27.8 bilion

Pelaburan domestik pula menyumbang 35 peratus dengan nilai RM15 bilion

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan menarik kepada pelabur global.

Tumpuan diberi kepada sektor dengan nilai tambah tinggi yang menawarkan peluang pekerjaan menarik kepada rakyat Malaysia.

Datuk Seri Mohamed Azmin berharap untuk menyaksikan pertumbuhan lebih ketara pada suku kedua.

Sementara itu, sektor pembuatan terus memainkan peranan penting menyumbang lebih daripada separuh atau 70 peratus daripada jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM30 bilion.

Diikuti sektor perkhidmatan RM12.7 bilion  dan sektor utama  100 juta ringgit.

Jerman mendahului jumlah FDI diluluskan dengan pelaburan berjumlah RM8.9 bilion, diikuti Brunei RM5.1 bilion dan Amerika Syarikat 3.9 bilion ringgit.

Di peringkat domestik, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Sabah dan Johor meyumbang RM31.8 bilion.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini