Malaysia menerima sebanyak RM19.3 juta sumbangan peralatan perubatan kritikal daripada Jepun. Penyerahan disempurnakan oleh Duta Jepun ke Malaysia Takahashi Katsuhiko kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

Sumbangan dari rakyat Jepun itu diuruskan oleh International Cooperation Sistem JICS bagi membekalkan peralatan kritikal Yang diperlukan untuk melengkapkam hospital bagi merawat pesakit COVID-19 ketika wabak diisytiharkan berakhir.

Sumbangan melibatkan 248 unit peralatan yang akan diserahkan secara berperingkat ke 81 hospital seluruh Negara.

Jabatan Kecemasan Dan Trauma menguruskan penerimaan peralatan untuk kegunan tiga Jabatan utama iaitu, Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi dan Jabatan Radiologi Dan Pengimejan Diagnostik.

Menteri Kesihatan dalam sidang media berkata bantuan berupa 15 jenis peralatan itu turut akan digunakan untuk pesakit bukan COVID-19.

Katanya kerajaan Malaysia sangat berbesar hati dengan sumbangan yang diberikan yang mengukuhkan hubungan bilateral bukan setakat hubungan pelaburan tetapi hubungan antara rakyat Jepun dan Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini