Situasi jangkitan COVID-19 juga tidak  tidak akan membantutkan komitmen kerajaan ke arah menjadikan negara neutral karbon.

Sebaliknya, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli akan memperkenalkan strategi baharu dari semasa ke semasa sesuai dengan peningkatan permintaan tenaga boleh diperbaharui.

Menterinya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, program sedia ada seperti pengurusan hutan akan terus dipantau pelaksanaannya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Forum Antarabangsa mengenai Landskap Tenaga Global anjuran Universiti Tenaga Malaysia, UNITEN.

Memasuki kali keempat penganjurannya, Forum yang diadakan secara hibrid itu menghimpunkan seramai 405 peserta dari 21 buah negara.

Ia diadakan khusus bagi membincangkan cabaran dalam membentuk negara neutral karbon

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini