Tiada pembangunan loji baharu arang batu pada masa akan datang.

Ketetapan itu selaras dengan sasaran untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah kaca, GHG dari sektor bekalan elektrik. 

Ketika memaklumkan ke pengetahuan sidang dewan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia termasuk mengurangkan kebergantungan terhadap arang batu sebagai sumber penjanaan elektrik dengan menetapkan sasaran sebanyak 31% kapasiti Tenaga Boleh Baharu ,TBB dalam pembekalan elektrik negara menjelang 2025 dan 40% menjelang 2035.

Sasaran itu juga jelasnya, akan dicapai melalui pelaksanaan dan penambah baikan program-program TBB sedia ada seperti Feed-in Tariff (FiT), Net Energy Metering (NEM),SelfConsumption (SelCo) dan New Enhanced Dispatch Arrangement(NEDA)

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini