Malaysia tidak mampu dari segi ekonomi dan kebajikan rakyat sekiranya melaksanakan lockdown atau sekatan pergerakan untuk mengekang penularan COVID-19.

Menerusi ciapan di Twitter, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebaliknya berkata, strategi kerajaan untuk menyekat penularan wabak tersebut adalah dengan melaksanakan strategi mitigasi.

Menurutnya, tidak dinafikan pendekatan China melaksanakan lockdown berkesan. Namun strategi mereka iaitu pembendungan atau ‘zero COVID’ bermaksud total lockdown bila ada hanya tiga kes positif.

Khairy menegaskan, Malaysia telah mengurus kes positif dengan berkesan apabila mencatatkan kadar vaksinasi yang tinggi.

Beliau turut mengingatkan rakyat terus menjaga prosedur operasi standard, SOP agar kadar kematian, penggunaan unit rawatan rapi dan kemasukan ke hospital dapat dikurangkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini