Malaysia bakal menjadi tuan rumah bagi acara Malaysia Golden Global Awards (MGGA) dan Festival Filem Antarabangsa Malaysia 2022 (MIFFest), buat kali kelima.

Festival menerima hampir 200 pencalonan daripada 15 buah negara selain  Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) turut  memberi sokongan penuh terhadap penganjurannya.

Menurut Pengerusi MIFFest, Joanne Goh, Filem dari Amerika Syarikat bertajuk ‘Edge Of The World’ turut ditayangkan buat pertama kalinya yang mengisahkan kisah James Brooke dan menjalani pengambaran sepenuhnya di Sarawak.

Filem popular tempatan “Prebet Sapu” turut menerima pencalonan bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik dan Sinematografi Terbaik.

MIFFest akan berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur dari 10 hingga 15 Julai, manakala kemuncak malam Anugerah MGGA akan diadakan pada 16 Julai di Istana Budaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini