Prestasi indikator Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) negara meningkat kepada 59 peratus pada 2020 berbanding 52 peratus pada tahun sebelumnya. Pencapaian positif direkodkan dengan 49 indikator atau 34 peratus berjaya dipenuhi pada tahun lepas.

Kenyataan Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin menyebut penyusunan indikator adalah berdasarkan statistik dan dapatan tinjauan serta rekod pentadbiran daripada 36 agensi dan kementerian.

Tiga matlamat yang mencapai ketersediaan indikator yang paling tinggi adalah Matlamat 4: Pendidikan Berkualiti (92 peratus), Matlamat 9: Industri, Inovasi dan Infrastruktur (92 peratus) dan Matlamat 3: Kesihatan yang Baik dan Kesejahteraan (89 peratus).

Usaha berterusan telah dilaksanakan Jabatan Perangkaan untuk mengurangkan jurang data indikator SDG termasuk pelaksanaan Tinjauan Indikator Isi Rumah Nasional, NHIS 2021 yang menyumbang 22 indikator.

Hasil Banci Penduduk dan Perumahan 2020 turut menyumbang kepada 15 lagi indikator manakala lapan indikator ditambah melalui Banci Ekonomi. Peningkatan SDG akan dapat membantu kerajaan dalam membuat pemantauan pencapaian Agenda 2030.

Jabatan Perangkaan terus mempergiat usaha pembangunan indikator bersama kementerian, agensi serta akademia bagi meningkatkan ketersediaan data ke arah pemantauan SDG yang lebih inklusif.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini