Kuala Lumpur dan Ankara telah berbincang secara mendalam berkaitan inisatif memperluas kerjasama strategik sedia ada serta berkongsi pengalaman khususnya dalam aspek pemerkasaan kawalan sempadan negara.

Perkara itu antara dibincang Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin semasa kunjungan hormat beliau ke atas Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan di Istana Presiden di Turki.

Katanya, Turki berkepakaran tinggi menangani pencerobohan warga asing di sempadan.

Maka beberapa lawatan khas bagi melihat pengurusan, teknologi, aset strategik serta lokasi operasi tumpuan diaturkan secara khusus oleh negara itu yang diselaras Kementerian Dalam Negeri negara itu.

Beliau percaya lawatan kerja rasmi ke republik tersebut akan menjadi penanda aras utama bagi pihaknya dalam menambah baik dasar, penguatkuasaan dan aset strategik kawalan sempadan negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini