Malaysia dan Turki akan menjalin kerjasama dalam bidang penyelidikan dan inovasi. Ia melibatkan Kerajaan Negeri Sabah, Lembaga Pelancongan Sabah dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin berkata, fokusnya melibatkan sains marin, bio-prospek marin, perikanan, akuakultur dan pelancongan eko-marin.

Jelsnya, satu Memorandum Persefahaman MOU akan dimeterai bersama dua universiti di Turki iaitu Celal Bayar University dan Karabuk University selain Surat Niat (LOI) kepada beberapa universiti lain.

Tambah beliau, perancangan lain melibatkan pertukaran 3 orang pelajar terpilih dan ahli akademik serta penyelidik kedua-dua negara. Beliau berkata demikian sempena lawatan rasmi Duta Turki ke Malaysia, Dr. Merve Safa Kavakci di UMS, Kota Kinabalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini