Malaysia dan Turkiye akan memperkukuhkan lagi kerjasama menerusi perkongsian teknologi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia dibincangkan semasa menerima kunjungan hormat Duta Besar Turkiye, Merve Safa Kavakc─▒ bersama-sama wakil dua syarikat gergasi industri pertahanan negara itu.

Menerusi hantaran di Facebook rasminya, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, Malaysia akan menerokai peluang kerjasama perkongsian teknologi dengan syarikat Turkiye.

Makina Kimya Endustrisi Kurumu (MKE) diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Servet Akkaynak dan Turkish Aerospace Industry (TAI), diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Temel Kotil telah mempelawa beliau untuk melawat kilang mereka di Turkiye.

Pihak Turkiye turut berminat menerokai peluang perkongsian teknologi khususnya dalam bidang aset pertahanan dan aeroangkasa.

Kerjasama seumpamanya akan memperkuatkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Turkiye.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini