Mesyuarat Keenam Suruhanjaya Bersama Antara Malaysia dan Vietnam memperlihatkan komitmen kedua-dua negara bagi kerjasama pemulihan pasca COVID-19.

Menerusi kenyataan media Kementerian Luar Negeri memaklumkan mesyuarat yang diadakan secara maya itu dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah dan rakan sejawatnya, Bui Thanh Son.


Mesyuarat membincangkan kerjasama membabitkan aspek pembukaan semula sempadan, pembangunan vaksin serta industri halal.

Kedua-dua pihak juga menyuarakan komitmen mereka untuk memperkukuhkan lagi kerjasama dua hala ke arah mencapai sasaran tersebut.

Malaysia dan Vietnam juga berharap dapat meningkatkan pelaburan dua hala serta menggalakkan pembabitan dalam bidang baharu oleh entiti perniagaan dengan lebih meluas.

Mesyuarat tersebut juga menerima pakai Pelan Tindakan (POA) 2021-2025 bagi pelaksanaan Rangka Kerja Perkongsian Strategik antara Malaysia dan Vietnam termasuk menetapkan sasaran mencapai jumlah perdagangan dua hala sebanyak AS$18 billion menjelang 2025.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini