Menjelang aksi menentang Laos petang ini.

Penjaga gol Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat, akui bimbang dengan ancaman penyerang Laos, Billy Ketkeophomphone.

Dia dan barisan pertahanan akan berusaha sebaik mungkin mengekang pemain yang beraksi di liga kedua Perancis berkenaan.

Katanya, barisan kejurulatihan telah menyediakan taktikal terbaik bagi menghadapi pemain-pemain utama Laos.

Skuad negara kini dalam misi mencari kemenangan kedua selepas menewaskan Kemboja 3-1 pada aksi pertama kumpulan B tempoh hari.

Manakala Laos memburu kemenangan pertama selepas tewas 0-2 kepada Myanmar pada aksi pembukaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini