26 daripada keseluruhan 58 Konvensyen Pertubuhan Maritim Antarabangsa Malaysia (IMO) telah disertai negara dalam memastikan kedaulatan, keselamatan perkapalan serta perlindungan alam sekitar diutamakan di peringkat tempatan dan serantau.

Memperingati legasi 50 tahun Malaysia dalam IMO, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menzahirkan komitmen negara untuk 50 tahun akan datang dengan visi dan aspirasi lebih besar dalam misi mencapai industri perkapalan mampan global.

Projek GreenVoyage 2050 IMO-Norway (GV2050) ialah kerjasama global bagi membantu negara membangun memenuhi komitmen ke arah mencapai matlamat perubahan iklim yang relevan dan kecekapan tenaga.

GV2050 telah menetapkan sasaran untuk mencapai sekurang-kurangnya 50 peratus pengurangan dalam pelepasan GHG daripada industri perkapalan antarabangsa menjelang 2050 berbanding 2008.

Bagi memastikan hak dan kebajikan pelaut dilindungi, idea baharu dirangka melibatkan proses pertukaran anak kapal dan rawatan perubatan, lebih-lebih lagi dalam situasi mencabar akibat pandemik.

Lantas Malaysia telah menyumbang masing-masing 25,000 pound sterling kepada Tabung Amanah Kerjasama Teknikal Gas Rumah Hijau IMO dan pelaut yang berkhidmat di barisan hadapan.

Beliau berkata demikian ketika majlis Sambutan 50 Tahun Malaysia-IMO di ibu negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini