Manchester United dilaporkan sedang meningkatkan usaha untuk memujuk legenda Perancis, Zinedine Zidane ke Old Trafford bagi menggantikan tempat Ole Gunnar Solskjaer.

Tekanan hebat mula dirasai Solskjaer selepas United mengalami kekalahan kali keempat dalam kempen Liga Perdana Inggeris, termasuk dibelasah Liverpool 5-0 di halaman sendiri serta tewas 0-2 kepada musuh setempat, Manchester City.

Media di Britain ketika ini sedang hangat melaporkan bahawa United sedang berusaha memujuk Zidane untuk menggantikan tempat pengendali dari Norway itu.

Bagaimanapun, difahamkan Zidane yang pernah menjadi jurulatih Real Madrid, belum cukup yakin untuk menjadi pengurus United.

United bagaimanapun berharap hubungan Zidane dengan penyerangnya, Cristiano Ronaldo dan pemain pertahanan, Raphael Varane dapat membantu meyakinkannya bahawa Old Trafford adalah pilihan tepat untuknya.

Pengendali bertusia 49 tahun itu pernah membimbing kedua-dua pemain itu ketika di Real sebelum membuat keputusan meninggalkan kelab gergasi Sepanyol itu.

Masa depan Solskjaer bersama The Red Devils pula masih tidak menentu meskipun pemilik kelab, Joel dan Avram Glazer masih berdiam diri mengenai prestasi pasukan.

Sebelum ini, Antonio Conte dikatakan calon yang sesuai menggantikan Solskjaer, namun pengendali dari Itali itu kini telahpun menjadi pengurus Tottenham Hotspur.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini