Kebiasaannya, kita didedahkan dengan kebaikan susu lembu atau kambing, namun tidak ramai yang tahu khasiat susu kuda.

Kajian yang telah dijalankan menunjukkan susu kuda juga mempunyai khasiat dalam bidang perubatan.

Menurut Presiden Persatuan Kuda Asia, Datuk Dr Nek Abd Rahman Salleh, beliau cuba mengkomersialkan pengeluaran susu kuda sebagai ubatan alternatif kepada pesakit kanser.

Beliau yang juga digelar koboi Malaysia menambah, ladang beliau terletak di Janda Baik, Pahang.

Bagi memastikan susu kuda yang dihasilkan berkualiti, kuda-kuda yang dipelihara dibiarkan bebas dalam kawasan ladang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini