Kementerian Kesihatan (KKM) menyeru lebih banyak program turun padang diadakan bagi meningkatkan kadar peratusan penerima Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) untuk melakukan saringan kesihatan percuma.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata ketika ini, hanya kira-kira 561,000 daripada 4.9 juta penerima yang layak telah mendapatkan manfaat daripada program berkenaan.

Antara faktor peratusan rendah tersebut disebabkan kebanyakan penerima berada di luar bandar serta tiada kemudahan pengangkutan.

Skim PeKa B40 mula dilaksana sejak 2019 bertujuan membantu golongan berkenaan melakukan pemeriksaan kesihatan bagi penyakit tidak berjangkit (NCD) secara percuma.

Seramai 47,448 penerima daripada 523,000 yang layak bagi skim tersebut telah disaring dengan 12,950 dikenalpasti mempunyai masalah kesihatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini