Malaysia mampu memanfaatkan Revolusi Industri Keempat dengan meningkatkan adaptasi teknologi tinggi dan inovasi serta pembuatan pintar. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara itu mampu dilakukan dengan kerjasama antara syarikat Malaysia dengan syarikat teknologi antarabangsa.

Jelas beliau, perkara itu membolehkan syarikat Malaysia mengembangkan jejak global dan membawa teknologi kerjasama dan pemindahan pengetahuan untuk mengukuhkan ekosistem teknologi digital Malaysia.  

Beliau berkata demikian semasa menyaksikan Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan 13 syarikat Malaysia dan Antarabangsa. Jelas Tan Sri Annuar, syarikat seperti Aerodyne Group telah membuktikan kemampuan di peringkat antarabangsa dengan menjadi antara peneraju dalam industri dron.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini