Dalam usaha menjadikan Perlis destinasi eko pelancongan yang terbaik, beberapa strategi wajar dimanfaatkan.
 
Ia termasuk mendidik penduduk mengenai kepentingan menjaga alam semula jadi, menyediakan kemudahan terbaik, pengurusan acara yang lengkap serta memperkenalkan rangkaian maklumat untuk pelancong. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pada masa sama teknologi terkini hendaklah dimanfaatkan bagi tujuan promosi.

Selain itu, pelancongan lestari perlu diwujudkan termasuklah
pemuliharaan terhadap spesies terancam yang diperketatkan bagi menjadikan lokasi berkenaan dikenali di negara luar.

Terdahulu, Tuanku Syed Faizzuddin meninjau Gua Bukit Ngulang bersama Pengerusi Kelab Sukarelawan Pelancongan Negeri Perlis, Zulkifli Md Jusoh dan Pengusaha Riverview Homestay, Mohd Azrif Md Amin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini