Banjir di Melaka, jumlah penduduk terjejas terus menunjukkan peningkatan kepada 288 penduduk daripada 63 keluarga setakat jam 4 petang tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka juga menunjukkan pertambahan kepada 8 PPS berbanding hanya 5 PPS tengah hari tadi.

PPS yang dibuka ialah PPS Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal, PPS Sekolah Kebangsaan Cherana Puteh, PPS Sekolah Kebangsaan Telok Berembang dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pengkalan.

Manakala untuk PPS Sekolah Rendah Agama JAIM Jelatang, PPS Sekolah Belimbing Dalam, PPS SMK Lubok Cina dan PPS Balairaya Kampung Paya Lebar masih dalam proses pendaftaran penduduk terjejas.

Selain itu, jumlah kawasan terjejas banjir juga meningkat kepada 25 kawasan di ketiga-tiga daerah negeri ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini