Mangsa banjir yang kehilangan kad pengenalan, Mykad dan sijil kelahiran dan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dikecualikan mengemukakan laporan polis untuk permohonan gantian.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri Terengganu, Mohamad Nasir Kareem berkata, mangsa banjir yang kehilangan dokumen itu juga dikecualikan daripada dikenakan denda ketika mengemukakan permohonan untuk gantian.

Jelasnya, JPN negeri akan menghantar dua pasukan untuk memudahkan mangsa banjir membuat permohonan gantian kad pengenalan, Mykad dan sijil lahir yang hilang dan rosak.

Katanya, proses permohonan MyKad baharu yang dibuat melalui unit berkenaan akan siap dalam tempoh 24 jam. Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis Temu Mesra Bersama Agensi dan Media di Kuala Terengganu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini