Mangsa yang terlibat dalam kebakaran di Flat Sri Johor, Cheras akan menerima bantuan kewangan berjumlah RM1,000.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak lapan keluarga yang terjejas akan turut menerima sebuah rumah baharu yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Beliau berkata demikian semasa melawat lokasi kejadian malam tadi sebelum menyantuni mangsa kebakaran di Dewan Serbaguna kawasan perumahan tersebut.

Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mahadi Che Ngah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini