Seorang lelaki  yang hanya  mengetahui dirinya dijangkiti COVID-19 selepas terbabit kemalangan ,  meninggal dunia setelah 4 hari menerima rawatan.
 
Ketua Polis Daerah Kulim Supritendan Sazalee Adam mengesahkan pekerja kilang terbabit meninggal pada Khamis ketika menerima rawatan di Hospital Kulim.

Jelas beliau, penunggang terlibat satu kemalangan dengan sebuah kereta pada 30 Ogos di Jalan Naga Lilit, Padang Serai.
 
Akibat dari kemalangan itu,mangsa 49 tahun dan pemandu kereta mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Kulim sejurus itu.

Setibanya di sana, pihak Hospital Kulim telah membuat saringan COVID-19 ke atas mangsa dan mendapati mangsa positif COVID-19.
 
Kes kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini