Jenazah mangsa serangan harimau belang di Kampung Sau, Pos Bihai, Gua Musang, Kelantan selamat dikebumikan mengikut adat Orang Asli, petang semalam.

Jenazah mangsa, Anek Along, 59 tahun terdahulu dibawa dari Jabatan Forensik Hospital Gua Musang ke Kampung Sau dengan kenderaan pacuan empat roda.

Anak mangsa, Seni Anek berkata, dia bersama enam lagi adik-beradiknya terkejut dengan kejadian itu. Sebelum dibaham harimau bapanya sempat menoreh getah berdekatan rumahnya.

Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan/Terengganu, Roslina Bun berkata, pihaknya bertanggungjawab mengurus penghantaran pulang jenazah.

Anek Along dipercayai dibaham harimau belang, Jumaat lalu. Harimau yang menyerang mangsa kemudiannya ditembak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) atas faktor keselamatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini