Ikon sukan tinju dan calon Presiden Filipina, Manny Pacquiao mengalu-alukan siasatan antarabangsa ke atas Presiden, Rodrigo Duterte jika memenangi pilihan raya.

Beliau bagaimanapun menyatakan dadah akan tetap menjadi musuh nombor satu negara namun memilih menggunakan undang-undang untuk perbicaraan yang adil.

Sebelum ini, Presiden Duterte  memberi ‘lampu hijau’ kepada pihak berkuasa untuk membunuh penagih dan pengedar dadah

Pacquiao yang lebih dikenali dengan julukan Pacman juga bersetuju agar negara itu menyertai semula Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) selepas pemerintah mengambil keputusan menarik diri pada 2018.

Tindakan Presiden Duterte membunuh pengedar dadah telah menarik perhatian pertubuhan hak asasi manusia serta mencetuskan kebimbangan dan ketakutan kepada rakyatnya sendiri.

Bagaimanapun, segala kecaman tidak diendahkan Presiden Duterte, malah mencabar mana-mana pihak untuk mendakwanya kelak.

Duterte memenangi pilihan raya pada 2016 selepas berjanji dalam kempennya menghapuskan masalah dadah di Filipina.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini