Keputusan kerajaan untuk memansuhkan kelulusan kuota import (AP) bahan makanan berkuat kuasa serta-merta pada 18 Mei lepas adalah langkah tepat untuk menstabilkan harga makanan.

Profesor Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia Profesor Datuk Dr Mad Nasir Shamsudin berkata ketika ini dunia mengalami krisis kos makanan menyaksikan kenaikan harga bahan makanan termasuk bijirin bagi ternakan.

Katanya berdasarkan maklumat daripada pemain industri, langkah yang diambil kerajaan itu mula menunjukkan kesan positif apabila dikatakan terdapat penurunan harga bekalan makanan di pasaran.

Bagaimanapun, Profesor Datuk Dr Mad Nasir berpandangan langkah memansuhkan AP dilihat tidak sesuai untuk jangka masa panjang.

Ini kerana dibimbangi akan memberi kesan kepada Tahap Sara Diri (SSL) sekuriti makanan negara dan tersasar dari pelan strategik untuk pengeluaran makanan tempatan.

Beliau turut mencadangkan agar semua kerajaan negeri mewujudkan lebih banyak tanah pertanian dengan bantuan kerajaan Persekutuan untuk memberikan insentif berasaskan hasil tanah pertanian itu, selain mengajak lebih ramai golongan muda berkecimpung sebagai usahawan tani.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini