Seorang lelaki menjadi manusia pertama mencipta sejarah terbang ke dalam kawah gunung berapi yang aktif di Santiago, Chile.

Lelaki itu, Sebastian Alvarez, 36 tahun, merupakan bekas anggota Tentera Udara Chile.

Beliau memakai sut sayap terbang, terjun dari helikopter pada ketinggian lebih 3,300 meter sebelum terbang dan memasuki kawah Gunung Berapi Villarrica yang setinggi lebih 2,800 meter.

Gunung Berapi Villarrica mempunyai kawah selebar lebih 198 meter.

Alvarez dilapor bergerak selaju lebih 150 kilometer sejam dan berjaya memasuki sedikit ke dalam kawah yang masih mengeluarkan wap sebelum keluar semula.

Beliau kemudian selamat mendarat menggunakan payung terjun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini