Manuskrip asal Perlembagaan Amerika Syarikat yang sukar ditemui dilelong pada bidaan AS$43 juta, sekali gus mencipta rekod dunia.

Jurucakap Sotheby’s berkata jualan itu, termasuk komisyen, turut mencipta rekod dunia bagi lelongan dokumen bersejarah.

Pembidanya masih belum dapat dikenal pasti.

Manuskrip itu adalah salah satu daripada hanya 11 salinan asli Perlembagaan Amerika diketahui masih wujud, yang ditandatangani pada 17 September tahun 1787 di Independence Hall, Philadelphia.

Pengasas Amerika termasuk George Washington, Benjamin Franklin dan James Madison menurunkan tandatangan masing-masing pada dokumen berkenaan, yang diratifikasi tahun berikutnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini