Ekspo Perumahan dan Hartanah Malaysia (MAPEX) 2021 anjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Negeri Sembilan menawarkan 2,383 unit hartanah bernilai RM1.29 bilion membabitkan 12 pemaju. 

Menurut Pengerusi REHDA Negeri Sembilan, Desmond Yap Poh Seng, ekspo itu dijangka menarik kehadiran empat ribu pengunjung.

Jenis kediaman ditawarkan melibatkan jenis kediaman rumah teres setingkat, dua tingkat, rumah semi-D, rumah banglo, lot banglo, ‘townhouses’ dan apartment yang dijual di lokasi projek terutama di  Seremban, Nilai, Labu dan Port Dickson. 

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Ekspo MAPEX 2021 di Seremban. 

Pihaknya turut menawarkan 15 hadiah cabutan bertuah bernilai RM13,000 , diskaun serta kadar faedah rendah.

Pembeli juga boleh menerima diskaun minimum 10 peratus ke atas pembelian hartanah menerusi Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang akan berakhir  hujung tahun ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini